Friday 3 February 2017

Cerita Aku 🤓

  Hello ! its been a long time tak update dekat sini. terlalu banyak cerita yang nak di kongsikan bersama 💕 cuma masa selalu tidak mengizinkan disebabkan terlalu sibuk mengejar kejayaan untuk masa depan. Amin ❤️

 kita mulakan dengan cerita seorang yang saya kenali " LQ" bukan nama sebenar. kami start berhubung melalui whatsapp pada 23/2/2016, dia yang memulakan perbualan. pada mulanya ingin tahu tentang cara buat poster padahal dia tahu yang saya bukan bidang tu. kat sana nampak sangat dia memang nak kenal. makin hari makin rapat, keluar sama berdua, kadang2 keluar dengan kawan dia dan kawan saya atau pun keluar dengan antara dua trsebut. mula2 dua dua taknak mengaku suka sampailah cara dia tu menyedarkan saya yang saya pun telah terjatuh hati dengan layanan dia. yelaa siapa je tak cair babe, kau baru kenal dia layan kau special. bukan tu je tau, bila aku sakit tak lama macam tu datang la dia dengan ubat dan minta aku makan ubat depan dia. then bila aku marah ke apa trus datang nak pujuk aku bagai siap ada coklat and kek yang bertulis " sorry sayang", tak melting ke kena layan macam tu? bila macam dah gaduh teruk tu, i decide nak ada relay dengan dia. yes pada mulanya memang semuanya indah.

dia ada masa susah dan senang aku. bila dah couple, duduk serumah dengan family dia sekali. semua benda kau buat dengan dia beb, asignment apa semua dengan dia, travel, apa apa je laa tak pernah dengan orang lain. sampai satu tahap aku dah terlalu percaya, i loose my ego sebab sayangkan relay ni. kita pendekkan cerita, bila dah nak masuk 7 bulan, tibalah masanya dia akan jauh dengan aku. dia nak praktikal, memula nice je dia layan. rupanya dalam nice dia tu, dia video call dengan ex, jumpa dengan ex dia tapi masa tu aku taktau lagi. so bila gaduh aku still rasa diri aku ni terlalu bagi tekanan dekat dia, terlalu buat dia rasa tak selesa. i keep blaming myself. sampailah break sebab aku padam nama dia kat twitter je, logik tak? HAHAHAHA.

 aku punya meroyan jangan cakap laa memang teruk aku down. tapi aku kuatkan hati nak pujuk dia. seminggu aku tak chat dia, sebab aku plan nak suprisekan dia yela nak pujuk hati dia sebab masa tu aku rasa aku salah. habis kem je, aku dapat tahu dia praktikal kat klang, aku pun bawa laa bunga coklat fav dia then hantar kat sana. guess whattt? tak kena hargai wei 😂 HAHAHA pakej malam tu aku kena marah maki hamun oleh dia. aku sabar lagi. then tak contact fkir dia cari,

 rupanyaaa HAHAHA member dia hide story dari aku yang dorang keluar dengan ex dia. sakit hati tak? weiii betapa hancur hati aku masa tu. malam tu juga aku keluar nak g cari dia siap bawa adik dia lagi tapi tak jumpa. selama ni aku kena tipu wei, aku fikir salah aku patutlah beria ia nak single padahal macam tu rupanya. masa tu aku chat dengan dia gaduh besar, aku siap sent semua bukti tetiba dia minta aku layan dia bebaikk. bapak dia tahu tak macam mana aku sayang dia and dia sanggup buat semua benda tu kat aku.


lepas tu lama tak contact sebab aku block dia, tetiba dia contact kawan aku tanya nanti dia ada peluang lagi tak. masa tuu jangan cakap la memang aku gelak tapi dalam masa yang sama perasaan marah dan nak dengan dia tu balik ada. tapi aku chat dia suru moveon. lepas bberapa minggu cantu, aku chat nak jumpa dia nak cakap psal kita orang. masa tu aku cuma nak luah semua benda je babe, asalkan apa aku pendam selama ni terlepas then aku juga ckap dia akan dapat aku balik. dia tak percaya, hahahaa dia tahu takk aku ni banyak kali berubah fikiran sebab sayangkan dia je. bila dah bagi peluang fikir dia hargai rupanya dia ulang benda sama.

 oneday tu, kitaorang jumpa juga akhirnyaa tapi dua dua dalam keadaan marah. aku luah semua apa yang tersimpan di hati selama ni sampaikan aku naik tangan dekat dia. tapi lepas tu kami okay sampai lah harijadi dia on 30/1, aku tak dapat nak celebrate tapi aku mampu bagi video jee. then masa gaduh dia boleh kata " atleast member aku celebrate" HAHAHA taktau la masa dia cakap cantu aku ni nak nangis ke nak marah 😂 baruu sehari wei, cepat nohh dia berubahh. dan sekarang gaduh lagi, then aku amik keputusan nak blah terus tapi aku nak tengok juga effort dia kalau betul dia sayang aku, dia tahu apa nak buat ☺️ memang bodoh sebab nak dia balik tapi apakan daya, aku dah sayang. tapi aku lebih berhati hati bila soal hati sekarang. k k tu jee hehehe 

p/s : jangan terlalu mudah bagi 100% kepercayaan kepada seseorang kelak kau akan kecewa 100% bila dia pergi tinggalkan. 

Sunday 3 January 2016

2016


New personality begin :D kehidupan kolej memang tak sama dengan kehidupan aku dulu. terlalu banyak perbezaan dengan aku yang dulu dan sekarang. Hidup sekarang makin mencabar untuk capai masa depan yang akan datang. Macam-macam dugaan pasal cinta, i have meet someone yang cuma akan datang dalam life aku sekejap untuk sedarkan aku betapa sakitnya orang yang dengan aku dulu. Persahabatan? aku kenal erti sahabat sejak berhenti sekolah, baru aku tahu kawan mana yang akan stay masa susah senang aku. Kawan dekat kolej juga adalah kawan yang terbaik, dorang tegur setiap kesalahan yang aku lakukan. Mereka semua sahabat aku yang terbaik. Ada kawan sekolah yang hilang entah ke mana, 2015 banyak kenangan pahit, tawar, masin dan manis yang aku dapat. opps, terlebih pula. hahaha. Family? aku semakin tahu untuk hormat ibubapa, aku semakin rasa bersalah dengan apa yang aku pernah buat dekat ibubapa aku, d mana aku sering sakitkan hati mereka dulu dengan perangai aku. 

Tahun 2016, kita mulakan hidup yang baru dengan cara yang baru walaupun perangai lama itu masih tetap ada. hahaha, gais just be yourself. let your friend be with you for who you are. jadi lebih sendiri untuk orang kenal kita lagi baik daripada jadi fake. biarlah orang kenal biadab kita, gila kita, nakal kita dan semua tentang kita. jangan pernah jadi fake untuk jadi yang terbaik di depan mata orang. Buat masa sekarang, aku dah malas nak bercinta. bagi aku benda tu taklah penting sangat. yang penting bagi aku adalah family, persahabatan dan masa depan aku. bab-bab bercinta  ni, baik jadi kawan dulu hahaha. bercinta zaman sekarang tersangat tak best. kalau zaman sekolah mungkin seronok tapi semakin lama umur meningkat benda tu dah jadi normal. bermacam-macam orang kita jumpa, takde yang kekal. Kalau jodoh tak kemana. Keluara perlu diutamakan, kita perlukan sokongan mereka untuk masa depan kita ;)

Thursday 27 August 2015

- NARMS -



Hello, lets start with Assalamualaikum, lama tak update blog ni. Asyik busy dengan kolej and asignment and also having a little fun with my friend ;) so hey to those people who read this. Its start like this, sekarang semuanya berbeza dan sangat-sangat tidak sama dengan kehidupan aku yang dulu. Syukur Alhamdulillah, semester pertama berjalan dengan baik. lets start our topic buddy :)

Berapa banyak pun pengalaman dalam berhubungan, aku masih tidak faham apa yang perlu aku lakukan dan kenapa aku perlu faham lelaki. Sejak jumpa someone ni, aku minat sangat dekat bukan lagi minat malah aku makin suka dengan cara dia. Disebabkan terlalu suka, aku cuba minta pendapat kawan aku dan semuanya meminta aku berterus-terang. Memandangkan masa tu aku kira rapat sikit la dengan dia so masa balik dari kolej aku cuba untuk terus terang dengan dia, cuba beranikan diri untuk cakap benda tu dan akhirnyaa, aku bersyukur sangat yang perasaan aku tu dibalas. Aku tidak berani untuk cakap yang dia lelaki yang baik cuma apa yang aku nampak dan tahu, dia lebih pentingkan family dia dari semua. memang semua orang pentingkan family cuma dia sangat lain, aku tidak tahu mahu describe macam mana pasal dia. Yang penting aku sangat bahagia bila dia pun ada perasaan yang sama dekat aku tapi kami hanya ingin berkawan buat masa ini.


Hari demi hari, kami selalu Whatsapp dan makin hari makin rapat dan jujur aku sayang dia. Aku terharu dari  cara dia jaga mak dia, jaga kawan dia, everything about him. Dia sentiasa bagi semangat dekat aku, sentiasa nasihat kan atau beri pendapat jika apa yang aku buat tu salah. Lately ni, susah nak cakap, aku buat perangai lagi bukan perangai apa, cuma benda yang selalu aku buat dengan orang lain, iaitu Ego. Aku selalu lepaskan marah aku dekat dia walaupun pertama kali aku buat macam tu, aku dah janji yang aku takkan buat lagi dan ternyata aku ulangi lagi. Tapi dia pandai, dia tak layan ego aku malah dia lawan ego aku sampai aku rasa bersalah dan mengalah. hm i know sometime we should try to fix without waiting for someone to fix it. Aku cuba untuk ketepikan ego aku harini dan benda tu tidak semudah yang korang sangka. Dia bukan macam orang lain yang senang nak maafkan setiap kesalahan yang seringkali diulangi tapi dia beri tunjuk cara mengatasi orang yang ego kebal babal macam aku, hahahaha. Dia tegur silap aku, dia luahkan aa yang dia rasa, Aku tahu dia sangat sakit hati dengan aku walaupun kami sekadar kawan. aku pasti dia juga sayang aku cuma aku dari dulu memang macam ni tak pernah nak faham perasaan orang.


NARMS - aku harap kau tak berubah, aku ikhlas sayang kau. serious talk. Aku cuma taktau macam mana nak ubah perangai dan ego aku sebab setiap orang yang dengan aku sentiasa manjakan aku dengan ego ni. Cuma aku taktau la, aku salute dengan cara kau, benda ni laa yang aku nak dari dulu. aku nak orang lawan ego aku tiap kali aku ego. Kau special, kau tak istimewa depan orang lain tapi bagi aku dia ni sangat istimewa. Dari segi dia layan aku, layan family dia, kawan-kawan dia, sahabat dia tu aku sangat terharu. Aku harap dia tak berubah, hm berharap sangat wei. Aku takut gilaa, ni baru kawan ni cuma dia agak istimewa sikit lah. 
 
Nur Atikah R Blogger Template by Ipietoon Blogger Template
Electricity Lightning